Sejarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam

Lembaga Matawang Brunei telah ditubuhkan pada 12 Jun 1967 dan pengenalan Ringgit Brunei sebagai mata wang baru Brunei bagi menggantikan Dolar Malaya dan Borneo British selepas Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Malaysia, Singapura dan Brunei ditamatkan. Kesemua tiga negara itu mengeluarkan mata wang mereka sendiri yang mana masih terus saling boleh tukar sehingga 8 Mei 1973 apabila Malaysia menamatkan perjanjian dengan Singapura dan Brunei.[2] Perjanjian itu masih lagi diteruskan oleh dua negara itu sehingga sekarang.[3] Pada 27 Jun 2007, Singapura dan Brunei menyambut ulang tahun ke-40 perjanjian tersebut (sejak 12 Jun 1967) dengan mengeluarkan wang peringatan $20.[4]

Lembaga Matawang Brunei telah dibubarkan dan dipiagamkan semula di bawah nama baru iaitu Lembaga Mata Wang dan Monetari Brunei menurut Seksyen 3-1 Perintah Matawang dan Monetari 2004 pada 1 Februari 2004.[5] Ia kemudiannya digantikan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam pada tahun 2011.

Rujukan

WikiPedia: Autoriti Monetari Brunei Darussalam http://mediapermata.com.bn/50-tahun-mata-wang-nega... http://www.ambd.gov.bn/ http://www.ambd.gov.bn http://www.ambd.gov.bn/about-ambd/board-management... http://www.ambd.gov.bn/about-ambd/establishment-of... http://www.mof.gov.bn/mof/en/sections/bcmb/ http://www.mas.gov.sg/currency/currency_info/Herit... http://www.mas.gov.sg/news_room/press_releases/200... https://web.archive.org/web/20080401033305/http://... https://web.archive.org/web/20100202075742/http://...